Kebersihan Kekalkan Kesihatan

1. Untuk kebersihan diri sendiri

a. Sebelum makan selalulah mencuci tangan dengan sabun , bila bangun tidur , lepas buang air besar .
b. Mandi dengan kerap bila cuaca panas . Mandi lepas kerja kuat atau berpeluh yang lama akan mencegah diri dari kelemumur , jerawat , gatal-gatal dan miang . Bayi perlu dibersihkan selalu .
c. Gunakan kasut untuk alas tapak kaki .
d. Menggosok gigi setiap hari setiap kali lepas makan .
e. Gunakan pakaian yang bersih .

2. Pembersihan dalan rumah

a. Jauhkan binatang-bintang dari rumah .
b. Selalu menjemur selimut kepada chaya matahari , gunakan air panas untuk merebus pakaian .
c. Bersihkan rambut selalu
d. Jangan meludah merata-rata , bila batuk gunakan sapu tangan .
e. Selalu membersihkan rumah , menyapu sampah dan membakarnya .

3. Pembersihan kepada makan dan minum

a. Jika sekiranya air yang digunakan untuk minum tidak diketahui dari mana puncanya hendaklah ia dimasak terlebih dahulu .Ini adalah penting untuk mengelak dari terkena penyakit cirit birit. Air mata air atau air sungai walaupun ianya jernih , ia juga boleh menyebabkan penyakit . Jadi hendaklah ia dimasak terlebih dahulu .Paling baik dewasa ini gunakanlah penapis air .Carilah siri yang terbaik untuk kesihatan .
b. Jauhkan makan dan minum yang tidak tertutup . Simpan makanan yang tidak dimakan dalam almari atau tudung saji . Gunakan almari yang tertutup dengan cermin .
c. Sebelum memakan buah-buahan , basuhlah terlebih dahulu atau dibuangkan kulitnya .
d. Hendaklah memakan daging yang telah dimasak dengan sempurna
e. Jauhkan makan makanan dalam tin yang sudah lama . Apa saja makanan yang telah berbau ada mengandungi racun .
f. Kepada pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit, asingkania buat sementara dan distrilkan barangnya sebelum orang lain menggunakannya .

4. Bagaimana untuk menjaga kesihatan kanak-kanak

a. Kanak-kanak yang sakit perlu diasingkan sementara daripada kanak-kanak yang sihat .
b. Kanak-kanak yang sakit , gatal dikulit , penyakit berjangkit , batuk kokol , campak , demam selesema perlu dijauhkan sedikit daripada kanak-kanak kecil . Pakaian mereka hendaklah direbus dengan air panas jika boleh.
c. Mandikan kanak-kanak dengan kerap , tukarkan pakaian dan selalu mengerat kuku mereka supaya bersih .
d. Gunakan akal fikiran atau idea-idea bernas untuk membantu dan mengajar mereka tentang pentingnya kesihatan .
e. Pastikan kanak-kanak memakan makanan yang baik untuk pertumbuhan akal dan tubuh badan yang sihat .

5. Kebersihan untuk orang ramai

a. Air kini telah diurus oleh JBA, kualiti agak memuaskan tetapi bagi penduduk pinggiran desa yang masih menggunakan sungai dan kolam sebagai sumber air,Hendaklah dijaga supaya tempat air yang digunakan oleh orang ramai bersih . Jauhkan dari binatang berkeliaran menghampiri tempat itu .
b. Samaph sarap hendaklah dibakar
c. Penduduk kampong yang masih menggunakan tandas curah,mestilah dibina sejauh lebih dari 20 meter dari tempat punca mengambil air samada, sungai atau kolam .

Leave a Reply