Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama ikuti amalan ini untuk menjaga kesihatan tubuh badan .
1. Mandi Pagi sebelum subuh sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
2. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa),dengan bersujud darah akan mengalir keruang otak.
3. Bersenam @ beriadah.
4.. Mengawal makanan.
Mengawal makanan; antaranya
1. Makanlah makanan halal dari segi syarak dan punca rezeki yang halal
.Amalkan memulai makan dengan “Bismillah” dan disudahi dengan “Alhamdulillah”.
3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais ).
6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8. Kurangkan minuman manis,dan yang mengandungi kafein dan gas.
9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa,pewarna, pengawet dan MSG makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging. makan dalam tin…
10. Amalkan meminum jus buah atau buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (makan/minum bahan yang belum dimasak )
11. Disyorkan makan nasi dengan lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Makanan tinggi kalium; seperti kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang dan Makanan tinggi kalsium, seperti ikan salmon, sayur hijau berdaun dan brokoli.
13. Banyakkan makanan berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.Dalam diet kurang daging merah,dan ayam daging
14.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.