Homeopathy Vs Allopathy

Hahnemann telah menerangkan bahawa perubatan Homeopathy tidak dapat melakukan perubatan jika penilaian dan penelitian secara persaorangan tidak dilakukan (individualistic).Nama-nama penawar atau ubat tidak boleh mempengaruhi pemberian ubat.Setiap anggota tubuh mempunyai hubungan rapat diantara satu dengan lain dan lahirlah apa yang dikatakan sebagai perasaan dan fungsi tubuh.Dalam merawat pesakit mestilah meliputi keseluruhan sistem tubuh .

Oleh itu setiap doktor Homeopathy sentiasa berusaha mengindividukan pesakit .Pesakit akan dirawat berdasarkan gejala atau symptom sakitnya secara peribadi.Gambaran yang lengkap ini akan menjadi petunjuk kepada ubat yang bersesuaian untuknya.

Perubatan Allopathy adalah rawatan konvensional atau ortodoks.Hospital dan klinik-klinik mengamalkan perubatan ini.Doktor akan memeriksa pesakit secara fizikal untuk menentukan nama penyakit yang dihadapi dan memadankan pemberian ubat tanpa mempertimbangkan keadaan bentuk tubuh (konstitusi), apa yang sedang dirasai oleh pesakit atau sebab-sebab terjadinya penyakit itu.

Allopathy berpendapat penyakit disebabkan oleh kuman atau virus yang menyebabkan penyakit tertentu.Sebagai contoh Antibiotik akan diberikan .Tetapi ubat ini berbentuk sementara dan terbatas .Pakar-pakar ubat (Chemist) sentiasa dari masa kesemasa akan mencari dan menyelidik untuk mendapatkan ubat yang mempunyai kuasa tinggi untuk membunuh kuman atau virus ini.Kajian demi kajian dilakukan terhadap pathologi penyakit tanpa menghiraukan keadaan pesakit itu.

Rawatan Komplementari, Homeopathy memberi ruang kepada pesakit untuk aktif mengendalikan kesihatannya sendiri.Pengelibatan individu itu sendiri untuk menyembuhkan penyakit dengan memahami apa yang berlaku kepadanya dan masaalah yang dirungsingkan.Pesakit akan diberi masa untuk menerangkan luahan rasa dan symptom yang lahir ini akan dipadankan dengan maklumat dari materia Medica tanpa sebarang spekulasi untuk mendapat ubat yang seraksi atau serupa . Bantuan ubat Homeopathy yang dipilih akan merangsang tubuh untuk mencapai penyembuhan keseluruhan, secara semulajadi, natural tanpa memberi kesan sampingan .

Leave a Reply