Apa Itu Homeopathy?

August 27, 2007

Terdapat bermacam jenis sistem perubatan di dunia ini . Namun hakikatnya adalah satu iaitu untuk menyembuhkan penyakit. Setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut yang telah ditentukan Tuhan.

Sistem Perubatan di dunia ini umumnya terbahagi kepada tiga kumpulan.

Berlandaskan saintifik yang dihasilkan dari penyelidikan .

Berlandaskan tradisi dan pengamatan pengalaman lalu.

Berlandaskan serapah jampi .Ini terbahagi kepada dua, pertama mengikut syariat Islam ,dan kedua dilakukan secara pemujaan.

Salah satu sistem rawatan perubatan alternatif, yang berlandaskan saintifik adalah Rawatan Homeopathy.

Homeopathy berasal dari perkataan Yunani (Greek) iaitu homoios dan pathos. Makna dalam bahasa Latin iaitu serupa dan penyakit .Sementara di dalam bahasa Inggeris, dieja sebagai Homoeopathy. Homeo ertinya seperti, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perkataan Pathos ertinya sakit atau penyakit,

Maksud Homeopathy sebenarnya ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat pesakit dengan mengunakan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan atau simpton pesakit. Di dalam bahasa Melayu diteja sebagai Homeopati .Disini saya menggunakan perkataan Homoeopathy kerana ejaan ini agak universal.

Homeopathy merupakan satu sistem perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh dengan bermotifkan kaedah Serupa iaitu mengubati pesakit dengan ubat yang serupa semboyan atau simpton pesakit itu.Dengan kata lain , bila sesuatu ubat digunakan kepada orang yang sihat ia akan menyebabkan beberapa jenis sakit dan penyakit , maka ubat yang demikian itu akan digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau sakit yang serupa .” Kaedah ini dikenali sebagai Law of Similars bermaksud Hukum Keserupaan atau Undang-undang Seraksi

Cogan kata kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin sebagai: “Similia- Similibus-Curentur “. Ertinya: ‘Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan atau dalam bahasa Inggeris sebagai “ Like cures like “ bererti (Penawar) yang serupa menyembuhkan (penyakit yang mempunyai simptom sakit) yang serupa.Kaedah Similimum diertikan keserupaan atau “serupa dalam hampir setiap aspek digunakan .

info_________________________________________________________________________

Hahnemann called his new medicine homoeopathy, a word taken from Greek homeos meaning ‘similar’, and pathos meaning ‘suffering’. Thus, homoeopathy means ‘to treat with something that produces an effect similar to the suffering’. (Vithoulkas, G., Medicine of the New Man, 1989: ms.16)


Rawatan Alternatif Untuk Merawat Penyakit

August 27, 2007

 

Selamat membaca blog ini . Pengalaman yang saya dapati ,Sekian lama membuka klinik homeopathy, masih ramai lagi masyarakat yang kurang memahami apa itu Homeopathy. Masih ada yang menanggap sebagai “Bomoh pati “. Kehadiran Internet ,blog ini dihasilkan untuk mengisi kekurangan pengetahuan orang ramai .Semoga dapat mengetahui rawatan Homeopaty secara mendalam

Kita harus membuka minda untuk menerima perubahan bagi menjana kesihatan diri.Semua orang berhak untuk mendapat hidup sehat.Kebahagian akan hancur apabila kesihatan hilang.

Anda boleh meminta pandangan , bertanyakan sebarang masaalah berkaitan dengan Rawatan Homeopathy dan Penawar yang di perlukan.Sila emailkan masaalah anda dan kami akan cuba selesaikan.Setiap penyakit ada ubatnya , yakinkan diri ,bertawakal.

Kepada mereka yang telah biasa mengamalkan perubatan ini, diucapkan syabas kerana anda telah berjaya membuka diri anda berfikiran terbuka dan boleh dikatagorikan sebagai orang yang berilmu.Homeopathy telah terkenal sejak tahun 1790 dahulu, tetapi kenapa masih ada yang tidak begitu arif tentangnya ,walaupun kita telah berada dalam tahun 2007? .Jawapan mudah, kurang membaca.Melalui pembacaan ilmu kita akan bertambah.

Objektif Homeopathy,mengembalikan kesihatan orang yang tidak sihat ,kembali sihat secara keseluruhannya.Konsep paliatif atau menahan sakit tidak digunakan.Syabas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengiktiraf perubatan Homeopathy sepenuhnya sejajar dengan visi Kementerian yang berkehendakkan negara yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.

Homeopathy digunakan begitu meluas diserata dunia. Terkenal di Eropah , German ,Amerika,England , India, Pakistan dan kini di Malaysia. Kerabat Diraja England telah menggunakan rawatan Homeopathy sejak tahun 1830 lagi .Keluarga ini sentiasa menggunakan ubatan Homeopathy dalam apa jua keadaan. QUEEN ELIZABETH II adalah penaung hospital Homeopathy di England.*( Royal London Homeopathic Hospital )

 

 

 

 


Pengasas Homeopathy.

August 27, 2007

Christian Samuel Hahnemann merupakah Tokoh atau Bapa Perubatan Homeopathy. Beliaulah menjumpai dan mengasaskan sistem perubatan Homeopathy .Sistem ini dikenali sebagai “Undang-undang Seraksi” (The law of Similar).

Beliau dilahirkan di Meissen Saxony dekat Dresden, Jerman pada 10 hb. April 1755.Beliau merupakan seorang yang begitu istemewa, luar biasa ,cergas, pintar, mempunyai peribadi yang mulia ,berilmu pengetahuan yang tinggi dan berpengalaman yang luas .Di usia 22tahun ,beliau telah dapat menguasai dan mahir dalam bahasa Greek, Hebrew, Arab, Latin, Italy, French, Syrani, Sepanyol dan Jerman.

Sewaktu berumur 24 tahun beliau telah menerima Ijazah kedoktoran (MD) Allopathy.Melalui ilmu pengetahuan yang luas , sifatnya yang tekun dan rajin menjadikan beliau seorang doktor yang ideal serta disegani oleh kawan dan lawan. Beliau kemudianya diarahkan untuk menjawat jawatan sebagai “Senior of Surgeon” di hospital Dresden.Di samping itu beliau juga menjalankan latihan sendirian di satu kawasan yang kecil berhampiran Leipzic.Hasil ketekunannya bekerja , mengkaji dengan kemahiran yang ada, beliau bukan sahaja menjadi seorang doktor yang berdidikasi tetapi dikenali juga sebagai tokoh bahasa dan ahli kimia .

Namun begitu beliau sering kecewa dengan kerjayanya kerana terdapat banyak kelemahan pada sistem perubatan waktu itu. Ubatan yang digunakan sering gagal untuk menyembuhkan pesakit.Beliau tidak berkeyakinan langsung bahawa ubatan Allopathy itu dapat menyembuhkan dengan sempurna. Akhirnya beliau meletakkan jawatan kedoktoran dan beralih pekerjaan sebagai penterjemah buku-buku sains kebahasa Jerman. Sebagai seorang ahli kimia serta kegigihan penyelidikannya, beliau Berjaya menerbitkan sebuah buku yang masyhur : “The Apothecaries Laxicon”.

Waktu dalam proses penterjemahan buku “Kitab Materia Medica Cullen”. Dalam tahun 1790 inilah mula penemuan kaedah “ Serupa dengan Serupa Menyembuhkan “.Dalam bahasa Greek “Similla Similibus Curentur “.